Friday 8 July 2011

MiToSis



Mitosis ialah proses pembahagian nukleus sel eukariot untuk menghasilkan dua sel anak yang mengandungi kromosom yang seiras dengan kromosom induk (mempunyai bilangan dan jenis kromosom yang sama dengan sel induk.
Mitosis terlibat dalam proses tumbuhan, penjanaan semula, dan penggantian sel. Mitosis berlaku dalam semua sel soma, iaitu sel-sel tubuh organisma selain daripada sel-sel gamet (set pembiakan). Mitosis berlaku dalam sel tumbuhan dan sel haiwan pada tisu-tisu khusus.

Mitosis pada tumbuhan

  1. Dalam tumbuh-tumbuhan, pertumbuhan hanya berlaku pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, iaitu di hujung pucuk dan akar, dan di kambium.
  2. Bahagian-bahagian ini mempunyai sel-sel meristesm yang giat membahagi secara mitosis.
  3. Sel-sel meristem yang terdapat di hujung akar dan hujung pucuk dikenali sebagai sel meristem apeks. 4.Sel meristem apeks bertanggungjawab ke atas pertumbuhan tumbuhan.
  4. Sel-sel meristem yang terdapat di pinggir sisi batang dekanal sebagai meristem sisi atau kambium. Meristem sisi atau kambium penting untuk pertambahan saiz lilitan batang tumbuhan.

Mitosis pada haiwan

  1. Tidak seperti tumbuhan, pertumbuhan pada haiwan tidak terhad kepada bahagian-bahagian bdan yang tertentu sahaja tetapi berlaku pada hampir kesemua bahagian badan haiwan.
  2. Sel-sel yang berada di lapisan Malphigi, iaitu lapisan tisu epidermis kulit yang paling dalam, menjalani mitosis untuk membentuk sel-sel baru.
  3. Sel-sel baru ini akan menggantikan sel-sel yang tercedera dan sel yang mati di permukaan kulit.
  4. Pada lapisan Malphigi juga terdapat pigmen melanin yang memberikan warna kepada kulit.



Video proses mitosis


VIDEO Proses Mitosis Dalam bentuk 3D

Animal Cloning







video ini menunjukkan proses mengklonkan binatang..or animal cloning


Group 1 in pariodic Table

Experimen ini berdasarkan Bab 4 buku text Tingkatan 4



Unsur-Unsur yang ada di kumpulan 1 atau Grop 1 dikenali sebagai  "logam alkali" atau Alkali Metals..
Terdapat 6 unsur iaitu...seperti di bawah

LITHIUM,SODIUM,POTASSIUM,RUBIDIUM,CAESIUM and  FRANCIUM


JOM LIHAT EXPERIMENT DI BAWAH..





Video diatas tidak menunjukkan Tindak balas Francium...sebab bahaya..
Apa kata kita lihat experiment tersebut,apabila Francium diletak kedalam air..
lihat video di bawah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...